TAMPAK YAKIN HOLIDAYS (M) SDN BHD


Tampak Yakin Holidays (M) Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 13hb.Mei 1995 secara rasminya dibawah akta syarikat 1965. Pada awalnya, syarikat ini ditubuhkan dengan nama Tampak Yakin Sdn Bhd tetapi pihak pengarah telah membuat pertukaran nama kepada Tampak Yakin Holidays (M) Sdn Bhd pada 23hb.Januari 1997. Operasi utama yang dijalankan oleh syarikat ini adalah berkaitan dengan bidang pelancongan.

Syarikat ini dimiliki oleh bumiputra iaitu En.Marizan b.Ahmad dan Pn.Fai'zah bt Ghazi selaku pengarah syarikat dan diuruskan oleh En.Marizan b.Ahmad. Selain daripada itu, urusan pentadbiran syarikat ini turut dibantu oleh kakitangan terlatih,cekap,amanah dan berpengetahuan luas dalam bidang yang diceburi.

Pada masa kini syarikat ini beroperasi di Kuala Perlis yang merupakan salah satu tapak pelancongan yang kian pesat di negeri Perlis. Penempatan syarikat yang strategik ini juga turut membantu meningkatkan operasi perniagaan syarikat ini. Syarikat ini juga telah berkembang dalam bidang yang lain dengan wujudnya anak-anak syarikat di bawahnya. Ia bertujuan mengukuhkan lagi ekonomi bagi perkembangan syarikat Tampak Yakin Holidays (M) Sdn Bhd tanpa berharap pada satu bidang sahaja.

Wawasan syarikat ini adalah untuk mempertingkatkan industri pelancongan ke tahap yang lebih tinggi di dalam dan luar negeri disamping memperkembangkan ke bidang-bidang yang lain. Malah syarikat ini juga sedang berusaha untuk meningkatkan lagi pemasaran ke luar negara.